Sunday, March 27, 2011

Kepada pelajar PDT 2010/2011

Pelajar PDT(program dua tahun) program matrikulasi sila bersedia untuk masuk ke program PST(program satu tahun) dengan secukupnya kerana program pst adalah agak sukar berbanding apa yang kita semua belajar sekarang.... peluang pelajar matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang dikehendaki amat tipis kerana kita perlu bersaing dengan pelajar lepasan diploma dan PASUM(program asasi sains universiti Malaysia) . Kebanyakan pelajar diploma lebih mudah untuk mendapat cos yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah kerana mempunyai asas yang kukuh dalam bidang yang mereka ambil ketika diploma. Bagi pelajar PASUM mereka terdiri daripada pelajar "straight A" atau pelajar yang mempunyai result agak cemerlang ketika spm. Pelajar PASUM juga mempunyai kelebihan kerana mereka telah pun mendapat tempat di dalam universiti yang dikehendaki mereka. Kepada pelajar matrikulasi mereka perlu mendapat keputusan yang cemerlang jika mereka mahu
mendapat cos yang mereka kehendaki di universiti kelak (ketika program ijazah). Bagi pelajar yang mendapat pointer 2.75(mengikut syarat UITM) program matrikulasi mereka tiada pilihan kerana peluang mereka untuk dilelong ke cos lain lebih tinggi. Kepada mereka yang lulus mendapat pointer 2.0 peluang mereka untuk mengulangi program matrikulsi PST lebih tinggi....

jadi ingat lah dimana status anda!

binalah masa depan yang cemerlang...........

No comments:

Post a Comment

kata-kata semangat